kupu2 Pictures, Images and Photos

Saturday, November 13, 2010

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing.

Baru hari ini terasa rajin untuk mengupdate blog....(sibuk exzam)..Sebelum terlupa nak ucapkan selamat pulang ke kampung buat sahabat dan teman seperjuangn (SP THN3) dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada rakan-rakan ku sekalian. Moga kalian selamat sampai ke kampung...Hari ini aku ada terbaca sebuah puisi yang telah diberikan oleh seorang insan melalui ruangan emel...Terima kasih kerana mengingatkan insan yang lemah dan kerdil ini......bacalah lirik puisi yang ditulis ini....Moga-moga kita dapat mengambil pengajarannya....


Insan yang dikasihi,

Peliharalah auratmu bagai berharga,

Walau dimana kau berada,

Jangan biarkan keindahan dirimu,

Menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.




Insan yang dikasihi,

Peliharalah solatmu,

Tundukkan pandangan matamu,

Di hadapan lelaki yang belum jadi milikmu,

Kelak engkaulah bertuah,

Menjadi tetamu Allah,

Moga dirimu disambut penuh kasih,

Oleh Bidadari syurga Ainul Mardhiah.



Insan yang dikasihi,

Berakhlaklah atas panduan Rasulmu,

Contohi dan ikutinya,

Pasti engkau bahagia,

Sejuk mata memandang,

Bercahaya dunia dengan hiasan wanita solehah sepertimu…



Insan yang dikasihi,

Jadikanlah dirimu seperti permata,

Yang berharga dicelah kaca,

Ikuti perintah agama dan jauhi larangan-Nya,

Jadikan panduanmu adalah Al-Quran dan Sunnah,

Kelak hidupmu mendapat berkah.



Insan yang dikasihi

,Jangan biarkan dirimu hanyut,

Dengan arus kemodenan dunia,

Tanpa ada bekalan ilmu didada,

Renungilah masa depanmu,

Tetapkan iman dijiwa,

Moga ia menjadi perisai buat dirimu,

‘jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga’



Oleh: Iqram Al-Mujahid

No comments:

Post a Comment