kupu2 Pictures, Images and Photos

Friday, November 5, 2010

Pertama kali membuat blog sendiri...

Alhamdulillah……Masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas, berjalan , berlajar,dan sebagainya.Pertama kali menulis blog pelbagai perasaan timbul.Mungkin takut apa yang ditulis tidak memberi manfaat sekaligus melalaikan lagi manusia yang membacanya. Nauzibillah… Jadilah hasil karya ini sebagai wadah untuku mendidik jiwaku kearah kebaikan dan mengenali serta merapatkan lagi hubungan antara insan.
Terima kasih kepada temanku, niza yang banyak mengajar dan memberikan idea dalam menjadikan blog ini lebih cantik dan memberikan semangat untuk aku terus menulis. Moga Allah memberikan ganjaran untukmu.
Walaupun terlewat saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada sahabat saya yang telah pun meninggalkan bumi Malaysia. Keberangkatanmu diiringi oleh doa keluarga, dan sahabat. Semoga Berjaya menuntut sebanyak mungkin ilmu disana, dan membawa pulang kejayaan untuk keluargamu dan ilmu yang akan dapat dikongsi bersama. Moga penghijrahmu membawa seribu manfaat untukmu terutama dalam melakukan amal makruf dan nahi mungkar. Semoga bahagia dalam menuntut ilmu, dan menjalani ibadat serta mengukuhkan lagi rasa cintamu kepada Allah.

2 comments: