kupu2 Pictures, Images and Photos

Sunday, November 7, 2010

Puas memikirkan idea apa yang patut aku tulis kat blog neh…tiba–tiba teringat untuk mendengar sedutan ceramah yang telah disampaikan oleh ustaz Kassim..yang bertajuk sebab-sebab digigit jin…..Kebutuan idea menyebabkan aku terpaksa menunggu hampir 3 pagi untuk aku mula mengarang. Selain itu semangat ini juga didorong oleh sahabatku yang juga tidak sabar menyuruhku untuk memperbaharui blogku ini..Mungkin tidak sabar untuk mengkritiknya hahaha…. Mungkin tajuk ini tidak sesuai tetapi perlu diberitahu mungkin ia sering menjadi tabiat kepada sesetengah orang termaksudlah diriku….yang mungkin menjadikan tabiat ini sebagai kebiasaan dalam hidupnya…..
Tidur adalah ibadah. Ia perlu dijaga dan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menitikberatkan soal tidur sebagai ibadah:
“Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak bersolat maka hendaklah dia tidur sampai dia tahu apa yang dibacanya.”

Melalui ceramah yang di sampaikan oleh ustaz tersebut, sebab utama yang berlaku jangkitan jin ialah akibat suka tidur selepas waktu asar … Mungkin menjadi tabiat kita apabila penat berlajar, bekerja dan sebagainya kita sering berasa letih dan ini menjadikan mata kita lebih cepat untuk melihat kearah batal seterusnya katil….terutamnya selapas pulang dari kelas, atau kerja ….Keadaan ini bertambah buruk apabila kita telah menjadikannya sebagai kebiasaan sedangkan ia boleh menjejaskan kesihatan mental kita. Menurutnya lagi ia akan boleh merosakkan otak kita @ dengan bahasa kasar boleh menjadikan seseorang itu gila jika diamalkan selama 40 hari berturut-turut….Namun masih terdapat beberapa sebab yang menyebabkan berlakunya keadaan sebegitu …Perlu rujuk ceramah tersebut
David F.Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Nappingmenggalakkan kita tidur pada waktu tengah hari. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung berbanding orang lain. Di sudut agama, tidur sekejap pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.
Oleh yang demikan sama-sama lah kita melakukan perubahan kearah kebaikan supaya dapat melahirkan otak yang cergas dan bersemangat untuk menunaikan ibadat terutamanya pada waktu malam……
Sumber: http://www.halaqah-online.com/v3

5 comments:

  1. mak aih..mcm bc nota skli daa...
    haha..btw...nice..
    ilmu baru!!

    ReplyDelete
  2. biasalah...budak baru belajar...dia de feksyen tersendiri....

    ReplyDelete
  3. erm aku tau tentang tdo lpas asar..
    sbb 2 aku xtdo lpas asar tp aku tdo dlm waktu zohor..
    dan ada bnda aku nak share pd korg semua kwn2 aku..
    tdo waktu tghari kuatkan minda kita..
    lpas bgn dr tdo otak kita fresh..
    korg cube try..
    tdo tgari kejap
    pas 2 bgn n study..
    mst masuk otak py..
    (itu lah tips sy study..hehe)
    dialu2 kan utk cuba...

    tp ingat, klu dah msuk zohor solat la dulu
    n br tdo...

    ~sekian~

    ReplyDelete
  4. betul cakap niza.....sama2 la kito cubanya...

    ReplyDelete